Friday, March 4, 2011

(1)

" Kenapa Nuzul suka pantai?" soal lelaki itu.
            Nuzul berpaling memandang wajah Amirul. " Kenapa Amirul tanya?" 
            " Sebab Nuzul selalu duduk dekat pantai ni. Termenung je kerja. Fikir buah hati eh?"
            Nuzul ketawa. " Mana ada buah hati. Nuzul rasa tempat ni tenang. Senang nak cari ketenangan dekat sini berbanding dekat Kl.
            " Oh, sebab tu Nuzul beli rumah dekat sini?"
            Angguk. " Kenapa Amirul banyak tanya sangat ni?"
            " Saja."

************************************************************************
Amirul dan Nuzul melangkah naik ke setiap anak tangga di bangunan itu. Dari tadi, Amirul hanya senyap. Tak tahu kenapa. Nuzul yang malas nak tanya juga hanya mendiamkan diri.
Nuzul memandang wajah Amirul di sebelah. Masam. Aik?
           " Amirul kenapa? Ada masalah ke? Dari tadi senyap. Sakit mulut eh?" soal Nuzul selamba.
Amirul memandng wajah Nuzul diikuti sedikit jelingan. Senyap.
           ' Sakit mulut dia cakap?' Amirul membebel sendiri.
           'Aik? Ni pahal pulak dengan dia ni. Apa aku buat?' Nuzul menggaru kepala yang memang sudah pasti tak gatal. Pelik.
           " Oik! Amirul ni kenapa? Pelik lah. Selalu Amirul je yang banyak cakap. Apa Nuzul buat?" Nuzul menyoal lagi sambil tangannya ligat menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
Amirul di sebeleh hanya memerhati tingkah Nuzul.
           ' Apa punya jenis lah dia ni. Gaya macam pujuk aku, tapi tangan menaip.' Bebel Amirul.
Mereka sampai di tingkat 3 bangunan itu. Nuzul segera mendail sesuatu pada telefonnya. Geraknya diperhatikan oleh Amirul.
           " Amirul ni napa? Sakit ke? Dari tadi pandang-pandang." Nuzul menyoal. " Kalau Amirul sakit, Nuzul boleh bawak Amirul pergi klinik." Nuzul menyambung lagi. Tetapi mata dan tangannya tetap pada telefon bimbitnya.
Nuzul memerhati lagi Amirul. ' Dia ni kenapa? Penyakit apa yang dihidapi oleh beliau?' Nuzul bersoal sendiri. Amirul di sebelah tetap senyap.
            " Wooo, tak nak cakap sudah." Nuzul mula mengugut.
Amirul memeluk tubuhnya. Senyap.
            " Mana Tanggo a.k.a Syafiq dengan Koyak a.k.a Salihah ni. Orang call bukan nak angkat." Nuzul membebel sendiri.
Amirul di sebelah menahan tawa. Apa yang lawak itu tak pasti. Nuzul yang perasan gaya Amirul yang sebegitu mula menyoal.
            " Hah! Ni kenapa pulak? Tadi beria diam tak nak cakap. Ni cover gelak pulak. Amirul sihat ke tak ni? Scary tahu?"
            Kini, tawa Amirul dah pecah. Agaknya satu bangunan tu boleh dengar tawa Amirul. Nuzul yang begitu pelik mula mengundurkan beberapa langkah untuk dia bersiap sedia lari kalau-kalau Amirul tu menghidapi penyakit merbahaya tetapi tidak pernah dia diketahuinya.
Amirul masih ketawa.
             " Haha, wey Nuzul. Tak payah takut lah dengan Amirul. Amirul gelak sebab muka dengan cara Nuzul cakap time membebel tu lawak sangat. Muka innocent la." Amirul mula bicara apabila tawanya sedikit reda. Nuzul melangkah selangkah ke depan.
             " Are you sure?" Nuzul menyoal. " Amirul sihat tak?" Sekali lagi dia menyoal. Amirul hanya menahan tawa.
             Angguk. " Amirul okay je, tadi Amirul saja je diam. Nak tengok Nuzul ambil berat tak pasal Amirul. Ternyata ......" Amirul berhenti apabila mendapat isyarat daripada Nuzul untuk berhenti. Nuzul mendapat panggilan dari Koyak. Amirul hanya mengangguk.
             " Hello, Koyak kau dekat mana? Aku dengan Amirul dah tunggu dekat tingkat 3 ni dari pukul 11pagi lah. Sekarang dah pukul berapa?" Nuzul terus menyoal tanpa henti. Jam di pergelangan tangan di kerling. Hah! Dah pukul 11:45pagi. Koyak di hujung talian tak sempat menjawab. Nuzul mula menyambung persoalannya. " Tanggo mana? Korang jadi ke tak nak pergi memancing ni?"
            " Assalamualaikum, kau ni kasi lah aku cakap dulu. Sorry lah babe. Aku dengan Tanggo tak jadilah nak join korang memancing. Tengahari dah kot. Tadi aku call si Tanggo tu, dia baru bangun. Kalau aku tak call, memang harapan lah dia nak bangun ni. Kita pergi lain sekali la eh?" Koyak mula bercakap. Sedikit sindiran diberi kepada Nuzul.
            " Waalaikumsalam. Hah! Tak jadi? Korang ni. Memanglah! Okay lah. Bye. Assalamualaikum." Nuzul menjawab dan terus menamatkan talian. Koyak dihujung talian belum sempat menjawab dia dah tutup. Geshhh!
            " Waalaikumsalam." Koyak menjawab sendiri.
' Tak guna punya member. Boleh dia tutup macam tu je? Memang nak kena lah dia ni.'
            Nuzul menarik tangan Amirul. Amirul yang sedikit terkejut menyoal. " Kenapa ni? Diaorang mana?"
Nuzul senyap.
            " Diorang tak jadi join. Jom makan. Nuzul lapar." Nuzul menjawab sambil menekan button lift itu. Amirul hanya memerhati. Nuzul masih belum melepaskan tangan Amirul.

************************************************************************
              " Mirul, sorry tadi Nuzul emo kot. Haha." Nuzul memecahkan kesunyian dalam kereta Proton Persona milik Amirul.
                  Ketawa. " Apa Nuzul cakap? Amirul rasa Amirul yang emo. Bukannya Nuzul. Geshhh!" Amirul menjawab sambil menekan button radio.
 Angguk. Geleng. " Tak la."
                  " Nuzul nak makan dekat mana ni? Dah tengahari kot. Makan lunch nak?" Amirul menyoal mengubah topic. Jam pada radio di kerling. Tepat jam 12:30 tengahari.
                  " Ohh, lunch? Ouch! Laparnya. Hurmmm, apa kata kita makan dekat Midvalley. Nak?" Nuzul menjawab memberi idea.
                 Amirul mengangguk. " Midvalley?"
                 " Ya, food court kat sana."
                 " Kayh, Amirul okay je. Tapi time macam ni jem kot. Kita naik Lrt nak? Amirul parking kereta dekat Bukit Jalil. Boleh?" Amirul menjawab lantas memberi idea.
                 " Bernas."
                 " Well, you know me Nuzul." Amirul menjawab.
                 Stereng kereta di pusing dan mereka menuju ke arah parkir kereta di bukit jalil. Amirul begitu khusyuk memarkir kereta kesayangannya. Nuzul di sebelah hanya senyap.

                 " Jom! Beli ticket." Amirul menarik lengan Nuzul.
                 " Mirul, jap!"
                 " Ha? Asal? Barang tertinggal ke?"
                 " Mirul, kita nak pergi Midvalley kan?" Nuzul menyoal.
Angguk.    " Ahaaa, Midvalley. Why?" Amirul menjawab lalu menyoal kembali.
                " Kalau kita nak pergi Midvalley, mana ada naik Lrt. Kalau Ktm ada la." Nuzul memberitahu. Jarinya diletakkan ke bibir.

Senyap.
                " Ahaaa lah! Ya Allah, apa aku buat ni? Lupa." Amirul menepuk dahi.
                " Habis macam mana?" Nuzul menyoal. Jelas kecuakan terserlah pada wajah Nuzul.
Senyap.
                " Erkkk, naik jelah Lrt, kita tukar tren." Amirul memberi idea.
Nuzul di hadapan menggeleng kepala.
                " Tak payah la Amirul. Nak kena tukar tren lagi. Macam-macam lah. Ktm tu ramai orang kot. Cancel la. Lain kali je kita lunch dekat Midvalley."
                " Habis Nuzul nak makan dekat mana? Dah pukul 1:32 petang ni. Nanti lapar pulak."
                " Nuzul memang dah lapar pun. Tak ada istilah 'nanti' sekarang. Ahak! Apakata kita makan dekat mamak je." Nuzul memberi idea.
              " Hurmmm, Amirul okay je. Jomlah!" Amirul membuka pintu untuk Nuzul. " Persilakan wahai Cik Nuzul."
Ketawa.
               " Thank you Mista Charming." Nuzul menjawab diikuti tawa Amirul.
               " Tak payah nak charming sangat."

Lagu I'm Coming Home memecah kesunyian dalam kereta. Sesekali Amirul menyanyi sambil bersiul perlahan.
               " Aham aham, tak baik bersiul la." Nuzul menegur.
               " Hah?"
              " Yang Mirul bersiul tu napa? Nyanyi sudah la." Nuzul menjawab sambil membelek majalah Maskulin yang ada dalam kereta Amirul itu.

Angguk.
               " Baik boss."
               " Eh, Mirul tahu ke restaurant mamak yang gempak? Dari tadi tak sampai pun. Orang dah lapar ni." Nuzul membebel.
               " Hek eleh, Mirul tahu lah! Mirul bawak Nuzul makan dekat tempat yang gempak punya! Tapi bukan mamak la." Amirul menjawab. Kini, mereka sudah pun melepasi tol Npe Pantai Dalam.
               " Apa jauh sangat ni?" Nuzul menyoal.
Amirul berpaling muka kepada Nuzul di sebelah. Nuzul yang perasan akan perlakuan itu hanya tersengih.
               " Ni asal dari tadi menyoal dan membebel? Mirul tahu lah Nuzul lapar kan, cuba bertahan sikit. Mirul 3x ganda lapar tau dari Nuzul. Hak! Nak sampai dah."

No comments:

Post a Comment