Ting Tong. Ting tong. Ting tong.
Suasana pada pagi itu di ganggu oleh suara sumbang bells room rumah mereka. Haida bangun sambil menggosok matanya.
" Sapa pulak tu? Memekak lah!" Haida membebel sambil berjalan menuju ke arah pintu rumah itu.
Ting tong. Ting tong. Ting tong.
Loceng masih berbunyi.
" Sabar." Haida menjerit dari dalam.
Dia mencapai tuala di atas sofa yang ada di ruang tamu rumah. Pintu di kuak.
" Ye? Nak cari siapa?" Haida terus menyoal.
Gadis itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Gaya macam despech je budak ni. Dengan topinya, lengan baju di lipat lagi, seluar paras lutut di padankan dengan Supra.
" Maaf menggangu. Saya daripada Flower Angerus. Ermmm, ni pesanan yang saya harus beri di alamat rumah ni." Gadis itu menjawab lalu menghulurkan jambangan bunga itu. Haida yang sedikit pelik menyambut.
" Erkkk, tapi kat rumah ni serasa saya tak ada yang order bunga." Haida menjawab sambil membelek jambangan itu. Takut-takut ada pesanan bertulis ke.
" Itu saya tak pasti. Saya hanya menjalankan tugas. Boleh cik sign dekat sini?"
Angguk. " Bunga ni untuk sapa?"
" Ha, yang tu tak tahu pulak. Kat sini ada alamat je. Maybe your secret admire?" Gadis itu menjawab lalu tergelak apabila terasa bahawa lawaknya menjadi.
Ketawa. " Okay."
Haida membawa bunga itu masuk ke dalam rumah.
" Sapa yang kasi ekk? Tak tulis untuk sap pulak tu. Dah tentu dalam rumah ni ada 5 orang penghuni. Nak secret admire pulak. Menyampah!" Haida menyoal dirinya sendiri diikuti dengan bebelan.
************************************************************************
Senyap. Sunyi. Sepi. Hanya bunyi air-cond yang dapat di dengar.
" Lamanya diorang tidur ni. Laparlah pulak. Barang-barang memasak pun tak ada. Hujung bulan ni la nak shopping, tapi diorang pulak tak bangun lagi." Haida mula membebel apabila melihat rakan-rakannya belum bangun tidur lagi. Rambutnya di bilas menggunakan tuala.
Handphone Sony Ericsson dicapai. Earphone dipasang pada handphone. Haida baring di sebelah Nuzul.
" Peliknya lagu-lagu ni. Arghhh. Boring!" Haida menanggalkan earphone. Dia bingkas bangun lalu menutup suis air-cond. Langsir bilik itu di tarik ke tepi.
Naaa! Spotlight! Radio dipasang dengan volume yang kuat.
Nuzul dan Fatin yang mula merasa kehangatan bilik tu mula menggosok mata.
" Apa ni? Tutuplah lampu, radio tu tutuplah! Memekaklah!" Nuzul mula membebel. Selimut ditarik sehingga menutup seluruh mukanya. Fatin di sebelah sudah terduduk di hujung katil.
" Tak da! bangun sekarang. Tahu tak sekarang dah pukul berapa? Korang tak lapar ke? Tuh Oyah dengan Tipah tak bangun lagi. Kat rumah ni tak ada sebutir beras pun tahu tak! Bangun!" Haida membebel sambil menarik selimut pada Nuzul.
Senyap.
" Heran pe aku? Sekarang aku nak tidurlah wey! Beras tu petang ni kita shoppinglah." Fatin menjawab sambil mengeliat.
Jelas sekali betapa mengantuknya mereka. Haha.
" No! Bangun sekarang." Haida menjawab dan terus keluar dari bilik itu dan melangkah ke bilik sebelah.
Garu kepala.
' Ni nak buat macam mana pulak? Dah la dua-dua susah nak bangun.' Haida menyoal sendiri.
Ahak! Cahaya idea sudah kelihatan.
" Oyah! Nasi Ayam!" Haida menjerit sekuat hati. Agaknya kalau guna microphone sure satu apartment tu boleh dengar.
" Hah? Mana Nasi ayam? Sapa buat? Kau ke? Kau beli dekat mana?" Oyah terus bangun dan keluar dari bilik tu. Arah mana dituju Haida tak pasti.
" Sapa jerit tadi?" Latifah menyoal. Kini, Tipah sudah pun bangun dan menuju ke dalam toilet.
' Bagusnya Latifah ni, senang nak bangun.' Haida bercakap sendiri.
No comments:
Post a Comment