" Hah? Kahwin!" Nuzul seakan menjerit apabila mendengar perkataan yang baru saja disebut oleh abahnya. Nuzul menggeleng. Kini, dia sudah pun berdiri menghadap tingkap. Kak Shiela dan along hanya memandang. Mama pula tenang menuang minuman ke dalam cawan.
" Sekarang umur kakak dan hampir menjangkau 28 tahun. Abah dengan mama tak pernah nampak kakak dengan mana-mana lelaki pun selama ni. Kalau setakat kawan biasa tu kami pernah la nampak. Umur kakak dah hampir masuk 30 tahun. Sekarang kami akan cari pasangan untuk kakak. " Dato' Kamil menyambung lagi. Nuzul masih lagi senyap.
Nuzul hanya mengetap bibir. Kemudiannya dia duduk semula di sebelah mamanya. Sekketika, dia memandang sayu wajah mama tanda meminta pertolongan dari mama agar tidak membincangkan hal tentang perkahwinan yang baru saja disebut oleh abah.
Namun hanya gelengan yang diterima oleh Nuzul. Ketika itu dia terasa seperti ingin saja menjerit tanda tidak setuju dengan tindakan kedua orang tuanya itu. Nuzul menggeleng laju.
" Kakak, kau kena kahwin jugak. Sekarang umur kau makin lama makin meningkat tahu tak? Susah la kalau kau tak kahwin lagi. Bukan apa, ni untuk kepentingan kau jugak. Betul cakap abah, kami tak pernah pun nampak kau bawak mana-mana teman istimewa kau datang jumpa kami." Along tiba-tiba menyampuk. " Tulah kau, tak habis-habis dengan kerja. Kelmarin sehari kau tak balik rumah house-mate kau kan? Atas sebab apa? Buat resume sampai tertidur dekat kem? Betul?" Along menyambung lagi disertakan dengan soalan yang agak panjang lebar tu. Abah yang duduk di sofa yang berhadapan along hanya menggeleng. Mama hanya memerhati.
" Alaaa., biasalah kerja. Bukan selalu pun. Tapi apa kena mengena dengan nak kahwinkan kakak? ak ada relation langsung tahu tak?" Nuzul kembali bersuara. " Sekarang memanglah kakak tak ada teman istimewa lagi, tapi tu bukan point untuk abah, mama, dan along nak kahwinkan kakak dengan bukan pilihan kakak." Nuzul menyambung.
No comments:
Post a Comment